Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Khamenei telah menyampaikan takziah beliau kepada keluarga-keluarga mangsa tragedi nahas kereta api di Semnan, Iran dan serangan pengganas Daesh di Hillah, Iraq.
Ayatullah Khamenei telah menyatakan kesedihan beliau pada hari Sabtu berikutan serangan pengganas di Iraq pada hari Khamis lalu yang menyebabkan hampir 100 orang penziarah terbunuh. Kebanyakan yang terbunuh dilaporkan berkewarganegaraan Iran.
Pemimpin itu juga berkata bahawa kumpulan pengganas Takfiri telah melancarkan sebuah serangan yang 'kejam dan pengecut' dalam upaya mereka untuk membalas dendam di atas kegagalan mereka (di Iraq dan Syria). Menurut beliau, serangan ini sekali lagi menunjukkan kepada dunia akan realiti kejahatan mereka.
Beliau juga mengucapkan takziahnya kepada keluarga-keluarga mangsa nahas pertembugan dua kereta api yang berlaku di Semnan, Iran. Nahas itu meragut lebih daripada 40 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain.
Beliau juga berkata bahawa kemalangan itu berlaku kerana 'kecuaian atau kelemahan' daripada pihak berkaitan.
Pada hari Jumaat semalam, 45 orang kehilangan nyawa mereka manakala 103 yang lain dilaporkan cedera selepas dua buah kereta api bertembung di sebuah stesen kereta api di Semnan, Iran.
Ayatullah Khamenei Ucapkan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Serangan Pengganas Dan Nahas Kereta Api Semnan.
26 November 2016 - 17:21
News ID: 794477
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Khamenei telah menyampaikan takziah beliau kepada keluarga-keluarga mangsa tragedi nahas kereta api di Semnan, Iran dan serangan pengganas Daesh di Hillah, Iraq.